Sabtu, 9 April 2011

ZAMAN KEJATUHAN BOLA SEPAK MALAYSIA


Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti  Matlan Marjan dan Azizol Abu Hanifah  yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan  memberi kesinambungan kepada penyokong tetapi pasukan bola sepak kebangsaan telah kena dengan begitu teruk sekali. Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat  Khalid Jamlus , Akmal Rizal Ahmad dan Indra Mahayuddin ,tetapi masih lagi gagal untuk menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.
Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan kemerosotan liga tempatan. Banyak peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin. . Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di bawah 23 tahun memberikan sinar harapan apabila memberikan pingat emas kepada Malaysia apabila mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan bukan pilihan (underdog) pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane,Laos. . Dengan kemenangan ini, FAM menaiktaraf pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan pada kejohanan seterusnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan