Isnin, 11 April 2011

HARIMAU MALAYA TERUS MENGAUM DI KELAYAKAN OLIMPIK 2012



BIARPUN gagal mencipta kemenangan besar, jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee tetap yakin Malaysia mampu mara ke pusingan kedua.Pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam malam tadi, Malaysia berjaya menewaskan Pakistan 2-0.Kedua-dua gol skuad negara dijaringkan pemain bukan penyerang iaitu Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ketiga dan Irfan Fazail minit ke-45.Namun Kim Swee tetap mempertahankan persembahan kedua-dua penyerang yang diturunkannya malam tadi iaitu Ahmad Shakir Md. Ali dan Ahmad Fakri Saarani.

Sabtu, 9 April 2011

PASUKAN MALAYSIA JUARA PIALA SUZUKI AFF 2010



Pasukan bola sepak Malaysia berjaya mencipta sejarah apabila menjadi juara Piala AFF Suzuki 2010 buat pertama kalinya. Keseluruhannya pasukan Malaysia bermain dengan agak bagus sekali. Pujian harus diberikan kepada kesemua pemain Malaysia terutamanya kepada penjaga gol  Malaysia iaitu Khairul Fahmi yang berjaya menyelamatkan tendangan penalti dan percubaan merbahaya daripada pasukan Indonesia. Shafie Sali juga bermain dengan cemerlang dan berjaya menjaringkan 1 gol di tempat lawan dan muncul sebagai penjaring terbanyak pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 sebanyak 5 gol. Keputusan penuh perlawanan Malaysia menang dengan aggregate 4-2.Malaysia mendapat gol pertama hasil jaringan cantik Safee Sali pada minit ke-55 dalam perlawanan final kedua Piala Suzuki AFF 2010.Pemain Indonesia, Mohammad Nasuha kemudian berjaya menjaringkan gol penyamaan. Setelah itu, Indonesia memperoleh gol kedua melalui jaringan gol sendiri oleh pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad.Bagaimanapun, dalam perlawanan final pertama di Kuala Lumpur 26 Disember, pasukan Malaysia menang selesa ke atas Indonesia dengan keputusan 3-0. YAHOO.. MALAYSIA JUARA...

MALAYSIA BANGKIT PADA KEJOHANAN PIALA SUZUKI AFF 2010


Pada Piala Suzuki AFF 2010  pula, Malaysia kalah kepada Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama. Malaysia bagaimanapun layak ke peringkat separuh akhir selepas membelasah Laos dengan jaringan 5-1, disertai dengan 'bantuan' Indonesia yang membenam Thailand 2-1 semasa perlawanan akhir peringkat kumpulan A. Di separuh akhir, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 secara timbal balik, dalam perlawanan di Kuala Lumpur & Hanoi pada 15 dan 18 Disember. Malaysia melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua sejak 14 tahun dan bakal bertemu dengan Indonesia. Pada 26 Disember 2010 dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 peringkat pertama antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan Malaysia telah membenam pasukan Indonesia dengan tiga gol tanpa balas. Gol-gol telah dijaringkan oleh Mohd Safee Sali (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin (1 gol). Dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang merupakan stadium keramat bagi skuad Indonesia, Malaysia telah ditewaskan dengan jaringan 2-1 namun dengan berbekalkan tiga jaringan sebelum ini, Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF buat kali pertama dalam sejarah bolasepak negara dengan agregat 4-2.Kemenangan ini juga telah menamatkan penantian Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki selama 14 tahun. MALAYSIA KEMBALI BANGKIT.....

PASUKAN MALAYSIA DI SUKAN ASIA GHUANGZHOU 2010


Pada kejohanan bola sepak Sukan Asia 2010 di Ghuangzhou pula, Malaysia diundi di dalam Kumpulan A bersama Krgyzstan, Jepun dan tuan rumah, China. Pada perlawanan pertama Kumpulan A, Malaysia berjaya membenam Krgyzstan 2-1 yang beraksi di Stadium Huadu. Pada 10 November pula Malaysia kalah kepada Jepun 0-2 di stadium yang sama. Semasa perlawanan akhir peringkat Kumpulan A, Malaysia kalah kepada tuan rumah 3-0 tetapi tetap berjaya melangkah ke pusingan kedua. Ini juga merupakan kali pertama Malaysia melayakkan diri ke pusingan kedua dalam sejarah Sukan Asia. Namun, semasa perlawanan di antara Iran dan Malaysia, Malaysia kalah bermaruah dengan jaringan gol 3-1. Walau bagaimanapun, FAM tidak meletakkan sasaran untuk menjuarai Sukan Asia 2010, tetapi menganggap kejohanan itu sebagai tempat untuk memantapkan lagi pasukan Malaysia sebelum beraksi dalam Piala Suzuki AFF Disember2010. HARIMAU MALAYA PASTI AKAN BANGKIT......

JURULATIH- ERA K. RAJA GOPAL


Semenjak K.Rajagopal  dipilih menjadi jurulatih kebangsaan Malaysia pada April  2009 , persediaan terarah ke Sukan SEA yang menyaksikan di Vientiane, Laos , skuad kebangsaan B-23 tidak diberikan sasaran untuk memenangi sebarang pingat. Namun skuad bimbingan K Rajagopal ini telah berjaya membawa kembali kegemilangan Malaysia di arena Sukan Sea apabila memenangi pingat emas di temasya tersebut. Diletakkan di Kumpulan A bersama Vietnam, Thailand, Timor Leste dan Kemboja, skuad Malaysia seolah-olah tidak berpeluang untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, apa lagi menamatkan kemarau Pingat Emas Malaysia dalam acara bola sepak. Bermula dengan kemenangan besar 11-0 menentang Timor Leste, skuad Malaysia kemudiannya tumpas kepada Vietnam pada perlawanan kedua 1-3. . Kekalahan ini telah menyempitkan peluang Malaysia untuk ke peringkat separuh akhir kerana terpaksa mengalahkan pasukan pilihan, Thailand dalam perlawanan terakhir Kumpulan A. Perlawanan ketiga kumpulan A memperlihatkan pasukan Malaysia yang sedikit goyah akibat insiden perlawanan dengan Vietnam, tetapi keputusan perlawanan tetap berpihak kepada Malaysia 4-0. Dalam perlawanan terakhir menentang Thailand, Malaysia telah membuat kejutan apabila membenam juara bertahan Sukan Sea itu dengan keputusan 2-1, jaringan kemenangan Malaysia diperoleh di minit-minit terakhir perlawanan. Melangkah ke separuh akhir, pasukan tuan rumah, Laos menanti Malaysia. Terikat dengan keputusan 1-1 sehingga minit ke 80, Malaysia telah membuat dua pertukaran pemain yang membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan dua gol, lantas membenam pasukan tuan rumah Sukan Sea itu dengan keputusan 3-1. Dalam perlawanan akhir menentang Vietnam, Malaysia yang turun sebagai "underdog", berjaya menumpaskan Vietnam 1-0 dengan jaringan sendiri pemain Vietnam. MALAYSIA BOLEH....

ZAMAN KEJATUHAN BOLA SEPAK MALAYSIA


Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti  Matlan Marjan dan Azizol Abu Hanifah  yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Ada juga pemain berprofil tinggi seperti Azman Adnan  memberi kesinambungan kepada penyokong tetapi pasukan bola sepak kebangsaan telah kena dengan begitu teruk sekali. Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat  Khalid Jamlus , Akmal Rizal Ahmad dan Indra Mahayuddin ,tetapi masih lagi gagal untuk menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.
Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan kemerosotan liga tempatan. Banyak peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin. . Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia di bawah 23 tahun memberikan sinar harapan apabila memberikan pingat emas kepada Malaysia apabila mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan bukan pilihan (underdog) pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane,Laos. . Dengan kemenangan ini, FAM menaiktaraf pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan pada kejohanan seterusnya