Sabtu, 9 April 2011

SEJARAH PASUKAN KEBANGSAAN

 Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an. Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 , pasukan ini sehinggalah sekarang dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia (Harimau Malaya). Kegemilangan pasukan ini berterusan selepas pembentukan Malaysia  dan  pasukan  Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 . Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di  Tehran . Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1970 dan 1986.Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan  Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan R.Arumugam digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga gawang gol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan