Jumaat, 18 Mac 2011

Sejarah Bola Sepak Malaysia

Kali ini saya nak kongsi sikit pasal sejarah bola sepak MALAYSIA…sesiapa yg masih sayangkan bola sepak MALAYSIA boleh la baca utk menambahkan pengetahuan tentang bola sepak MALAYSIA…ia adalah sejarah yg sepatutnya dijadikan pemangkin utk kita sama2 kembalikan mutu bola sepak MALAYSIA…korang baca la ..
SEJARAH BOLA SEPAK MALAYSIA
BOLA SEPAK dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke Malaya ketika pendudukan British pada sekitar 1825.
Beberapa kelab kemudian ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.
Bagaimanapun pada tahun 1926, asas penubuhan Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada 1933.
Pada 1956, FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA, selain menganggotai Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sejak tahun 1954.
Nama Persatuan Bola Sepak Malaya kemudian ditukar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia pada 1960.
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman adalah presiden FAM yang pertama bermula dari tahun 1951 sebelum Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih untuk tempoh setahun pada 1975.
FAM kemudiannya diterajui oleh bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Tan Sri Hamzah Abu Samah pada tahun 1976 hingga 1983 dan bermula tahun 1984, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengambil alih kepimpinan badan induk itu dan kekal sehingga kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan